Thursday, 9 June 2011

Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi DUN Pinang Tunggal

Tanggal 8 Jun 2011...Satu Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi DUN Pinang Tunggal telah dijalankan dengan jayanya...Program ini telah diadakan dengan jayanya di Dewan Mesyuarat, Pusat Khidmat DUN Pinang Tunggal lebih kurang jam 8 malam...

Para peserta sedang memberikan perhatian kepada
taklimat Program Usahawan Pintar 1 Malaysia ini...


Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis dari Saudara Hazwan a.k.a Legend... Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari wakil pihak Akademi Pembangunan Usahawan EFB iaitu Saudara Azizi... Dalam ucapannya Saudara Azizi menekankan objektif Akademi serta matlamat program ini dijalankan...Seterusnya majlis telah menjemput Encik Firus Bin Che Man selaku Pegawai Khas kepada YB Dato Roslan Saidin (ADUN pinang Tunggal) bagi mewakili YB Dato untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Pinang Tunggal ini...Dukacitanya YB Dato tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. 

Speaker dan Motivator Akademi sedang memberikan
 taklimat kepada para peserta bagu DUN Pinang Tunggal...

Seterusnya klimaks kepada program, majlis telah menjemput Best Speaker dan Motivator Akademi iaitu Saudara Najmuddin untu menyampaikan taklimat berkaitan Program ini...Alhamdulillah program telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada perserta...Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Jutaan terima kasih kepada En Firus Bin Che Man yang sudi hadir bagi mewakili YB Dato Roslan Bin Saidin untuk merasmikan program...Terima kasih juga kepada wakil-wakil puteri UMNO, wanita UMNO dan Pemuda UMNO yang sudi hadir memeriahkan majlis...Ucapan tahniah kepada Saudara Azizi, Saudara Najmuddin serta Saudara Legend atas komitmen anda menjayakan program ini...Tahniah...Tahniah...Tahniah !!!

Top-Top Leader Akademi EFB bersama dengan Encik Firus Bin Che Man
selaku Pegawai Khas YB Dato Roslan Bin Saidin (ADUN Pinang Tunggal)...

No comments:

Post a Comment