Monday, 27 June 2011

ROADTOUR PROGRAM USAHAWAN PINTAR- PERLIS

12 jun...Program Usahawan Pintar diadakan di Dewan Seminar Arau...
Para peserta sedang memberikan perhatian...Speaker by PAIJAN...
Pada 12 Jun 2011...Satu Program Usahawan Pintar telah diadakan di Dewan Seminar Arau pada jam 2.30 petang...Alhamdulillah kehadiran yang amat-amat membanggakan pihak akademi...


Tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap penceramah semasa sessi seminar diadakan...Caiyok...Caiyok..

Program dimulakan dengan Saudara Najmuddin selaku Pengerusi Majlis memulakan majlis...Majlis diteruskan dengan sessi taklimat dari Best Speaker Award iaitu Saudara PAIJAN... Penerangan kali ni mengejutkan banyak pihak kerana berbeza dari sebelum-sebelum ni...Seterusnya sessi Sharing rahsia kejayaan oleh Saudara Legend...Program tamat lebih kurang jam 5 petang...

Sessi sharing dan perkongsian kejayaan oleh anak muda dari Teluk Intan...Saudara Legend...
Alhamdulillah ni sebagai satu turning point untuk akademi...Tahniah kepada leader-leader dan ahli-ahli akademi antaranya DILA, LEGEND, TAIYIBAH,AFIFAH,NADIA,ADLEEN, ALIAH,WANI,SUE, LIA dan kepada semua yg terlibat...TAHNIAH dari pihak akademi...

Thursday, 9 June 2011

Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi DUN Pinang Tunggal

Tanggal 8 Jun 2011...Satu Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi DUN Pinang Tunggal telah dijalankan dengan jayanya...Program ini telah diadakan dengan jayanya di Dewan Mesyuarat, Pusat Khidmat DUN Pinang Tunggal lebih kurang jam 8 malam...

Para peserta sedang memberikan perhatian kepada
taklimat Program Usahawan Pintar 1 Malaysia ini...


Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis dari Saudara Hazwan a.k.a Legend... Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari wakil pihak Akademi Pembangunan Usahawan EFB iaitu Saudara Azizi... Dalam ucapannya Saudara Azizi menekankan objektif Akademi serta matlamat program ini dijalankan...Seterusnya majlis telah menjemput Encik Firus Bin Che Man selaku Pegawai Khas kepada YB Dato Roslan Saidin (ADUN pinang Tunggal) bagi mewakili YB Dato untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Pinang Tunggal ini...Dukacitanya YB Dato tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. 

Speaker dan Motivator Akademi sedang memberikan
 taklimat kepada para peserta bagu DUN Pinang Tunggal...

Seterusnya klimaks kepada program, majlis telah menjemput Best Speaker dan Motivator Akademi iaitu Saudara Najmuddin untu menyampaikan taklimat berkaitan Program ini...Alhamdulillah program telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada perserta...Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Jutaan terima kasih kepada En Firus Bin Che Man yang sudi hadir bagi mewakili YB Dato Roslan Bin Saidin untuk merasmikan program...Terima kasih juga kepada wakil-wakil puteri UMNO, wanita UMNO dan Pemuda UMNO yang sudi hadir memeriahkan majlis...Ucapan tahniah kepada Saudara Azizi, Saudara Najmuddin serta Saudara Legend atas komitmen anda menjayakan program ini...Tahniah...Tahniah...Tahniah !!!

Top-Top Leader Akademi EFB bersama dengan Encik Firus Bin Che Man
selaku Pegawai Khas YB Dato Roslan Bin Saidin (ADUN Pinang Tunggal)...

Monday, 6 June 2011

Program bersama DUN Penaga

Tanggal 3 Jun 2011...Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga, Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya... Program anjuran Akademi Pembangunan Usahawan ini telah diadakan pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Pusat Khidmat DUN Penaga...



Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib selaku
 Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal
merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga..
Terima Kasih Tuan Haji yang mewakili YB Datuk kerana sudi merasmikan
Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga ini...
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...

Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib
(Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal
merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga)
sedang berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang usahawan
 sebelum terjebak dalam bidang politik semasa Ucapan Perasmian beliau sempena
 Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga..


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Najmuddin selaku Pengerusi Majlis...Seterusnya Ucapan Sekapur Sirih oleh Saudara Paijan selaku wakil pihak Akademi Pembangunan Usahawan EFB... Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib selaku Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga...Dalam ucapannya Tuan Haji telah memberikan semangat dan motivasi kepada para peserta untuk bergelar seorang usahawan...Selain itu, beliau juga berkongsi pengalaman beliau bagaimana beliau seorang usahawan dulu sebelum menceburi bidang politik...Beliau dulu pernah sampai satu tahap mengangkut tong-tong gas untuk menyara keluarga...Tetapi hari ni, dengan bidang usahawan lah telah membawa beliau menjadi seorang ahli politik yang berjaya pada hari ini...

Sessi taklimat ringkas oleh The Best Speaker Academy, Mr Paijan...
Para peserta dari kawasan DUN Penaga kusyuk mendengar taklimat
 dari Best Speaker ini...

Seterusnya sesi taklimat oleh Best Speaker Academy iaitu Saudara Paijan... Dalam taklimat beliau, beliau telah menyampaikan taklimat dengan begitu bernas dan bersemangat sehinggakan para peserta tidak kering gusi melihat telatah Saudara Paijan memberikan taklimat...Alhamdulillah pada pukul 12 tengahri program berakhir...Jamuan tengahari telah disediakan oleh pihak DUN Penaga...Semasa jamuan, Top-Top Leader dan Speaker Academy sempat beramah mesra dengan YB Datuk Azhar Bin Ibrahim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga...
Top-Top Speaker Academy bersama dengan YB Datuk Azhar Bin Ibrahim
selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Penaga
semasa Program Usahawan Pintar 1 Malaysia yang diadakan di
 Dewan Pusat Khidmat DUN Penaga...


Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Azhar (ADUN Penaga), En Nazrul (PA YB Datuk), Puan Norma (Ketua Pusat Amanah Ihktiar), Persatuan Belia Penaga dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini...

Tahniah juga kepada Saudara Najmuddin, Saudara Gee dan Saudara Paijan di atas komitmen 300% bagi menjayakan program ini...Semoga program ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Semoga Akademi akan terus berkembang ke persada DUNIA !!!

Monday, 30 May 2011

Program Usahawan Pintar 1 Malaysia

Sessi taklimat Program Usahawan Pintar oleh speaker terhebat
 bersama para pelajar AUCMS... Terbaik lah !!!

Pada 22 Mei 2011...Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bersama Mahasiswi daripada Alliance Univercity College Of Medical Sciences telah diadakan lebih kurang jam 3 petang...Program dimulakan dengan sessi salam perkenalan oleh Speaker Hebat iaitu saudara Najmuddin...Seterusnya Program diteruskan dengan sessi penerangan oleh Speaker dan Motivator Akademi iaitu saudara PAIJAN...Kemudian Saudara Legend mengambil alih slot sharing...Alhamdulillah respon positif dari peserta yang hadir...Tahniah diucapkan pada semua yg terlibat...Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang...

Ssesi salam perkenalan oleh Speaker hebat Saudara Najmuddin...
Sessi demo terhadap produk yang sangat2 hebat...
 Terpegun mahasiswi dari AUCMS ini

PERTEMUAN BERSAMA MOTIVATOR TERKENAL

Barisan Tertinggi Akademi Pembangunan Usahawan EFB
 bersama Motivator terkenal Ustaz Abdullah Khairi..


Pertemuan antara Barisan Tertinggi Akademi Pembangunan Usahawan bersama Motivator Terkenal iaitu Ustaz Abdullah Khairi. Al Fadil Ustaz Abdullah Khairi terkenal dengan kelantangan berhujah dan kelantangan memberikan motivasi sehinggakan sesiapa yang mendengar ceramah motivasi beliau akan mengalirkan air mata.Pertemuan ini berlangsung pada 16 Mei 2011 yang lalu. Alhamdulillah semoga pertemuan ini akan membuahkan hasil yang positif demi kebaikan anak bangsa dan demi kebaikan akademi.Terima kasih kepada Ustaz atas ilmu yang dicurahkan.Jasamu dikenang.