Monday, 6 June 2011

Program bersama DUN Penaga

Tanggal 3 Jun 2011...Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga, Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya... Program anjuran Akademi Pembangunan Usahawan ini telah diadakan pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Pusat Khidmat DUN Penaga...



Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib selaku
 Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal
merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga..
Terima Kasih Tuan Haji yang mewakili YB Datuk kerana sudi merasmikan
Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga ini...
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...

Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib
(Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal
merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga)
sedang berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang usahawan
 sebelum terjebak dalam bidang politik semasa Ucapan Perasmian beliau sempena
 Program Usahawan Pintar 1 Malaysia bagi kawasan DUN Penaga..


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Najmuddin selaku Pengerusi Majlis...Seterusnya Ucapan Sekapur Sirih oleh Saudara Paijan selaku wakil pihak Akademi Pembangunan Usahawan EFB... Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Naser Bin Haji Talib selaku Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Azhar Bin Ibrahim iaitu ADUN Penaga...Dalam ucapannya Tuan Haji telah memberikan semangat dan motivasi kepada para peserta untuk bergelar seorang usahawan...Selain itu, beliau juga berkongsi pengalaman beliau bagaimana beliau seorang usahawan dulu sebelum menceburi bidang politik...Beliau dulu pernah sampai satu tahap mengangkut tong-tong gas untuk menyara keluarga...Tetapi hari ni, dengan bidang usahawan lah telah membawa beliau menjadi seorang ahli politik yang berjaya pada hari ini...

Sessi taklimat ringkas oleh The Best Speaker Academy, Mr Paijan...
Para peserta dari kawasan DUN Penaga kusyuk mendengar taklimat
 dari Best Speaker ini...

Seterusnya sesi taklimat oleh Best Speaker Academy iaitu Saudara Paijan... Dalam taklimat beliau, beliau telah menyampaikan taklimat dengan begitu bernas dan bersemangat sehinggakan para peserta tidak kering gusi melihat telatah Saudara Paijan memberikan taklimat...Alhamdulillah pada pukul 12 tengahri program berakhir...Jamuan tengahari telah disediakan oleh pihak DUN Penaga...Semasa jamuan, Top-Top Leader dan Speaker Academy sempat beramah mesra dengan YB Datuk Azhar Bin Ibrahim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga...
Top-Top Speaker Academy bersama dengan YB Datuk Azhar Bin Ibrahim
selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Penaga
semasa Program Usahawan Pintar 1 Malaysia yang diadakan di
 Dewan Pusat Khidmat DUN Penaga...


Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Azhar (ADUN Penaga), En Nazrul (PA YB Datuk), Puan Norma (Ketua Pusat Amanah Ihktiar), Persatuan Belia Penaga dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini...

Tahniah juga kepada Saudara Najmuddin, Saudara Gee dan Saudara Paijan di atas komitmen 300% bagi menjayakan program ini...Semoga program ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Semoga Akademi akan terus berkembang ke persada DUNIA !!!

No comments:

Post a Comment